KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA

ASSALAMUALAIKUM .

HAI SEMUA ! APA KHABAR ? SAYA ALHAMDULILLAH SIHAT .

Sekarang ni kan , banyak berlaku kes-kes kemalangan jalan raya . Semua ni disebabkan kecuaian para penunggang atau pemandu itu sendiri .Salah satu faktor nya adalah mereka cuai dalam mematuhi papan tanda jalan raya.Nak tahu apa itu papan tanda ?

PAPAN TANDA ialah sesuatu penunjuk arah yang memaparkan sesuatu iklan atau tanda kepada pengguna - pengguna jalan raya.

Nak tahu lagi kenapa mematuhi papan tanda menjadi suatu kepentingan kepada semua pengguna jalan raya ?




Ia penting untuk :
  • Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
  • Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
  • Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan dengan lancar
Dengan ini saya sertakan tips-tips keselamatan jalan raya untuk panduan semua !

  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH !
 SENTIASA INGAT YANG TERSAYANG !


JANGAN LAH CUAI HINGGA JADI BEGINI ,


SEKIAN SAHAJA DARI SAYA , SEMOGA IA BERMANFAAT UNTUK SEMUA ! 













No comments:

Post a Comment

Blog Archive