KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA

ASSALAMUALAIKUM .

HAI SEMUA ! APA KHABAR ? SAYA ALHAMDULILLAH SIHAT .

Sekarang ni kan , banyak berlaku kes-kes kemalangan jalan raya . Semua ni disebabkan kecuaian para penunggang atau pemandu itu sendiri .Salah satu faktor nya adalah mereka cuai dalam mematuhi papan tanda jalan raya.Nak tahu apa itu papan tanda ?

PAPAN TANDA ialah sesuatu penunjuk arah yang memaparkan sesuatu iklan atau tanda kepada pengguna - pengguna jalan raya.

Nak tahu lagi kenapa mematuhi papan tanda menjadi suatu kepentingan kepada semua pengguna jalan raya ?




Ia penting untuk :
  • Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
  • Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
  • Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan dengan lancar
Dengan ini saya sertakan tips-tips keselamatan jalan raya untuk panduan semua !

  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH !
 SENTIASA INGAT YANG TERSAYANG !


JANGAN LAH CUAI HINGGA JADI BEGINI ,


SEKIAN SAHAJA DARI SAYA , SEMOGA IA BERMANFAAT UNTUK SEMUA ! 













PAPAN TANDA


Assalamualaikum . hai semua ! saya nak kongsi sikit gambar papan tanda jalan raya kat sini . semoga ia bermanfaat . 












UNDANG-UNDANG & PERATURAN

Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undang, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi.

Dah baca dah ? saya nak kongsi satu video ni . harap ia bermanfaat sangat untuk semua yang melihat . selamat menonton !



Alhamdulillah , selesai sudah perkongsian saya untuk kamu semua . jangan sekadar baca tapi tak diamalkan .











Blog Archive